Phone terjatuh dalam sinki, kena hujan lebat waktu tunggu bas di Larkin, atau tertumpah kopi atas meja — ia berlaku pada semua orang. Apa yang anda buat dalam satu jam pertama selalunya menentukan sama ada phone tu boleh diselamatkan atau tidak.
5 perkara JANGAN buat
- Jangan cuba on atau restart. Arus elektrik + air = litar pintas. Ini punca nombor satu phone yang sepatutnya boleh selamat, terus mati kekal.
- Jangan cucuk charger. Lebih teruk daripada cuba on. Ramai pelanggan kami hilang phone bukan sebab air — sebab charger selepas kena air.
- Jangan masuk dalam beras. Mitos paling popular di Malaysia. Beras tak mampu tarik lembapan dari dalam papan litar, dan habuk beras pula masuk dalam port. Sementara anda tunggu 2 hari "beras bekerja", karat sedang merebak.
- Jangan guna hair dryer. Haba menolak air lebih dalam ke bawah komponen dan boleh rosakkan skrin.
- Jangan goncang phone kuat-kuat. Ia menyebarkan air ke kawasan yang asalnya kering.
3 perkara PATUT buat segera
- Matikan phone terus kalau ia masih hidup. Tekan terus butang power — jangan tunggu.
- Lap luaran dan keluarkan SIM tray. Biar port menghadap ke bawah supaya air mengalir keluar.
- Bawa terus ke kedai repair — hari yang sama, bukan minggu depan. Dibawa dalam beberapa jam, peluang pulih jauh lebih tinggi.
Tak pasti masalah phone anda?
WhatsApp kami — semakan dan anggaran harga percuma, reply biasanya dalam 10 minit.
WhatsApp 019-456 7700
Apa kami buat di kedai — rawatan sebenar, bukan "keringkan"
Rawatan water damage yang betul bukan sekadar mengeringkan phone. Prosedur kami:
- Bongkar segera & cabut bateri — hentikan arus yang menyebabkan karat
- Ultrasonic cleaning — papan litar dicuci dalam larutan khas untuk keluarkan mineral dan sisa cecair dari celah komponen
- Rawatan karat di bawah mikroskop — pad dan konektor yang mula berkarat dibersihkan satu persatu
- Ujian berperingkat — kuasa, paparan, touch, kamera, audio, isyarat
"Phone saya kena air minggu lepas tapi okay je — perlu risau ke?"
Ya. Ini soalan yang kami paling kerap jawab. Karat tidak berhenti — ia merebak perlahan-lahan dalam senyap, dan phone biasanya mula buat hal 2 hingga 6 minggu selepas kejadian: bateri cepat habis, kamera berkabus, speaker sember, kemudian mati terus. Pembersihan awal berharga sekitar RM150; repair board selepas karat merebak boleh mencecah RM280 ke atas — dan tak semua kes boleh diselamatkan.